"Suburkan Rezeki Anda Dengan Menyumbang Kepada Tahfiz & Dapatkan Rebet Cukai Pendapatan Anda"
Sahabat, Sememangnya sudah janji Allah bahawa jika kita mewakafkan sebahagian dari harta atau rezeki yang telah Allah berikan kepada kita untuk jalan Allah maka apa yang kita berikan itu bukan sia-sia dan akan diganda sebanyak-banyaknya. Ianya bukan sia-sia buat pihak yang kita dermakan kerana ianya akan membantu mereka yang perlu dibantu dan ianya juga bukan sia-sia kepada diri kita sendiri kerana Allah sendiri akan menggandakan rezeki kita. Namun begitu Syaitan sering membisikkan kita agar tidak mewakafkan rezeki kita...