
Alhamdulillah, semalam anak-anak tahfiz berpeluang iftar di Alida Catering. Terima kasih Ya Allah kerana menggerakkan hati para penyumbang untuk menyumbang di Madrasah At-Tanwiriah di bulan Ramadan yang mulia ini terutamanya. Terima kasih kepada Tuan Puan yang setia bersama kami sehingga ke hari ini memberi sokongan dan sumbangan. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat menguruskan jamuan berbuka ini.
Semoga kebaikan yang Tuan Puan hadiahkan kepada mereka menjadi asbab rezeki Tuan Puan bertambah dan beroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat aamiin
Sepuluh malam akhir ini, semoga Tuan Puan dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat beribadah mengejar fadhilat malam yang lebih baik dari 1000 bulan in syaa Allah.
Tuan Puan yang rebut ganjaran bersedekah, boleh salurkan ke akaun berikut :
DANA PENDIDIKAN AT-TANWIRIAH
MAYBANK : 5510 4351 8283
Reference : Slot Akhir Ramadan
Kita sudah berada di hari-hari akhir Ramadan namun moga-moga Ramadan ini bukan yang terakhir buat kita




