WAKAF PENDIDIKAN

 Jom Bantu Sekarang !! 
 Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah!

” Kita mungkin tak mampu nak hafaz Quran 30 Juzuk, tapi mungkin kita mampu lahirkan generasi Al Quran dengan kita mewakafkan sedikit harta yang Allah pinjamkan di dunia ini kepada para pejuang penuntut ilmu terutamanya mereka yang mempelajari Al Quran dan mereka yang mengajarkannya. “

PAKEJ INFAK

Tajaan Pengajian Pelajar Asnaf

Program tajaan pelajar Tahfiz, pelajar miskin dan pelajar cemerlang. Sebagai iltizam, program ini akan terus berjalan dan menyebarkan manfaat kepada generasi umat Islam yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan membantu mereka menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi. Skop program ini tidak terhad kepada penyediaan yuran pengajian tetapi menyediakan kos sokongan pendidikan dalam bentuk buku dan keperluan lain semasa belajar di institusi pengajian tinggi.

Infak Bersama Tanwiriah

Bantu merealisasikan impian terbesar mereka untuk menuntut agama di MTAQ Tanwiriah. Kerana anak tahfiz ini lah yang bijak & bersemangat dalam menimba ilmu dunia akhirat.

Bayangkan setiap perbelanjaan merangkumi keperluan operasi, pendidikan, makanan pelajar, bil utiliti dan aktiviti pelajar semakin bertambah dan pihak pengurusan perlu sentiasa menjaga kebajikan 500 orang anak-anak tahfiz ini. Jom INFAK walau serendah RM30. Semoga dengan sumbangan infak Tuan/Puan, dapat mengukir senyuman mereka serta memperoleh pahala dan menjadi amal jariah berpanjangan setelah kita tiada lagi di dunia ini.

Adakah Kita Sanggup Biarkan Anak-anak Tahfiz Dibiarkan Begitu Saja?

Bayangkan setiap perbelanjaan merangkumi keperluan operasi, pendidikan, makanan pelajar, bil utiliti dan aktiviti pelajar semakin bertambah dan pihak pengurusan perlu sentiasa menjaga kebajikan 500 orang anak-anak tahfiz ini.

 Mencari Penginfak Tetap

Tuan-puan ahli syurga yang dimuliakan sekalian, adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah sedang mencari 50 orang dermawan untuk infaq tetap bulanan yang bernilai RM50/sebulan. Jumlah yang diperlukan ialah sebanyak RM2500 bagi tujuan bayaran ansuran bulanan, insuran & cukai jalan, minyak, servis berkala dan lain-lain keperluan.

Oleh itu, semua pihak diseru untuk bersama menjayakan infaq wakaf van sekolah ini bagi kelangsungan perjalanan aktiviti sekolah. Semoga Allah S.W.T melimpahkan rezeki dan rahmatNya kepada semua yang menyertai wakaf melalui infaq tetap bulanan ini.

Jom Ambil Berkah Sedekah Subuh Dengan Berkongsi Rezeki
Bersama Anak-Anak Tahfiz Tanwiriah

“Tidak ada satu hari pun bagi seorang hamba, kecuali datang dua Malaikat yang salah satu dari mereka berdoa, ‘Ya Allah berilah ganti yang lebih baik bagi orang yang bersedekah.’ Malaikat yang satu lagi berdoa, ‘Ya Allah berilah kebinasaan bagi orang yang menahan hartanya.”

Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Scroll to Top