Alhamdulillah, pada 2 Disember 2025 team pengurusan Madrasah At-Tanwiriah telah mengadakan mesyuarat kali pertama di tapak bangunan SRATT Pagoh bagi membincangkan pelancaran Hari Pendaftaran Kemasukan Pelajar sesi 2026 pada 6 Disember ini.
Terimbau kenangan sewaktu pembukaan SRATT Parit Jawa, hampir beginilah suasananya. Bunyi drill dan ketukan di sana sini. Meja, kerusi dan pelbagai lagi kelengkapan kelas masih belum dapat dibeli. Namun, perjuangan ini akan tetap diteruskan in syaa Allah.
Satu pesanan dari Almarhum Tuan Guru Haji Hasbullah Haji Salleh yang menjadi penguat kepada tulang belakang Tanwiriah;
“Kalau kita bekerja untuk agama Allah, Allah pasti membantu kita”
Kami menjemput tuan puan untuk sama-sama menyumbang dan menyokong pembangunan pendidikan Islam melalui infak SRATT Pagoh di saluran berikut:
SRI AT-TANWIRIAH
BANK ISLAM : 01023010077829
Reference: Sratt Pagoh
Atau klik sini untuk tabung infak online:
Semoga segala amal jariah kita diterima dan diberkati Allah. Aamiin. ![]()
#SRATTPagoh#MadrasahAtTanwiriah#PendidikanIslam#InfakPembangunan#DoakanKami#fypシ゚viralシ#share#followerseveryone
