14 Ogos | Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil  & Doa Hajat

Alhamdulillah, syukur atas nikmat kebersamaan.

Setinggi penghargaan kepada semua penyumbang yang sudi meluangkan masa bersama kami dalam Majlis Bacaan Yaasiin & Tahlil Tanwiriah semalam.

Semoga setiap ayat yang dibaca, setiap zikir yang dialun, setiap selawat yang dilantunkan, dan setiap doa yang dipanjatkan menjadi cahaya menerangi alam barzakh buat arwah yang kita kasihi. Aamiin ya Allah. 🤲🏻

Mudah-mudahan juga, setiap sumbangan ikhlas Tuan Puan digandakan ganjarannya oleh Allah, menjadi asbab dibukakan pintu-pintu rezeki, ketenangan, dan keberkatan hidup di dunia serta akhirat.

🌸 Ayuh teruskan amalan bersedekah, khususnya di hari Jumaat yang penuh barakah ini, demi kelangsungan pengurusan pendidikan tahfiz anak-anak Tanwiriah.

Scroll to Top