Pembangunan Pusat Islam At-Tanwiriah

Projek ini menelan kos RM2.5 juta, dan setiap sumbangan yang diberikan adalah satu langkah membina masa depan generasi Al-Quran yang akan menyampaikan kepada masyarakat.

Pada peringkat awal pembinaannya, bangunan ini dikenali sebagai Surau Tuan Guru Haji Hasbullah Haji Salleh. Setelah melalui proses pembangunan dan siap dibina dengan dua tingkat, bangunan ini kemudiannya dinamakan Pusat Islam At-Tanwiriah bagi menggambarkan fungsi dan manfaatnya yang lebih luas untuk pendidikan, ibadah dan komuniti.

Alhamdulillah, bermula dari tahun 2024 hingga 2026, sedikit demi sedikit, sebuah impian dibangunkan sehingga kini berdiri sebagai Pusat Islam At-Tanwiriah.

Bangunan ini kini dimanfaatkan untuk dua fungsi utama:

Tingkat Bawah
Dewan Solat Tuan Guru Haji Hasbullah Haji Salleh

Sebagai ruang solat dan aktiviti keagamaan

Tingkat Atas
Kelas Pengajian Tahfiz Tanwiriah

Sebagai ruang pembelajaran dan pengajian al-Quran bagi pelajar tahfiz

Setinggi-tinggi terima kasih dan jazakumullahu khairan kathira kepada semua penyumbang dan pewakaf yang telah bersama-sama menjayakan perjalanan ini.

Tanpa sokongan dan doa kalian, mungkin perjalanan ini tidak akan sampai ke tahap ini. 🤍

Jom Jadi Sebahagian Daripada Pembinaan Ini

Scroll to Top