
Alhamdulillah, hari ini telah berlangsung sesi menandatangani perjanjian sewa premis SRATT Pagoh yang disempurnakan oleh Mudir Am Madrasah At-Tanwiriah dan Guru Besar Sekolah Rendah Islam At-Tanwiriah Tahfiz.
Momen ini merupakan satu lagi langkah penting dalam usaha memperkukuh kemudahan pendidikan dan pengembangan institusi. Semoga segala perancangan dan perjalanan selepas ini dipermudahkan, diberkati, dan membawa manfaat besar buat para pelajar, guru serta seluruh komuniti.
KEPERLUAN DANA FASA 1 SRATT PAGOH : RM300,000
Bagi memastikan keselesaan, kemudahan dan suasana pembelajaran yang kondusif untuk para pelajar, Madrasah At-Tanwiriah kini memulakan Fasa 1 Projek Naik Taraf & Renovasi SRATT Pagoh.
Antara komponen utama kos Fasa 1 ini merangkumi: Bayaran Pendahuluan Premis (Downpayment)
Kerja-Kerja Renovasi:
• Bilik kelas
• Kantin
• Surau
• Pejabat guru
• Ruang rehat pelajar
• Dewan pelajar Kelengkapan & Perabot Kelas:
• Meja
• Kerusi
• Perabot pejabat
• Almari
• Aircond
• Keceriaan keseluruhan ruang
Sumbangan anda sangat bermakna!
Bagi yang ingin turut sama menyokong pembangunan pendidikan Islam, sumbangan wakaf & infaq boleh disalurkan melalui:
SRI AT-TANWIRIAH
BANK ISLAM : 01023010077829
Reference: Sratt Pagoh
Semoga segala amal jariah kita diterima dan diberkati Allah. Aamiin.



