WAKAF PENDIDIKAN
Jom Bantu Sekarang !!
Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah!
” Kita mungkin tak mampu nak hafaz Quran 30 Juzuk, tapi mungkin kita mampu lahirkan generasi Al Quran dengan kita mewakafkan sedikit harta yang Allah pinjamkan di dunia ini kepada para pejuang penuntut ilmu terutamanya mereka yang mempelajari Al Quran dan mereka yang mengajarkannya. “
HASIL SUMBANGAN
Tajaan pengajian
Dapat membantu pelajar asnaf meneruskan pengajian di MTAQ. Selain itu, kami telah menghantar pelajar menyambung pelajaran ke luar negara dalam menuntut ilmu dan bahasa bagi meneruskan generasi alim ulama.
Program Kendiri Pelajar
Membantu membentuk generasi Al Quran Rabbani yang berkualiti dan cemerlang dunia akhirat
Tajaan makanan
Menampung kos keperluan makanan pelajar tahfiz seramai 500 pelajar
Operasi
Menampung kos pengurusan dan pentadbiran
PAKEJ INFAK
Dana yang dikumpul adalah untuk kegunaan
Program tajaan pelajar Tahfiz, pelajar miskin dan pelajar cemerlang. Sebagai iltizam, program ini akan terus berjalan dan menyebarkan manfaat kepada generasi umat Islam yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan membantu mereka menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi. Skop program ini tidak terhad kepada penyediaan yuran pengajian tetapi menyediakan kos sokongan pendidikan dalam bentuk buku dan keperluan lain semasa belajar di institusi pengajian tinggi.
Kebahagiaan Dikongsi Bersama
Bantu merealisasikan impian terbesar mereka untuk menuntut agama di MTAQ Tanwiriah. Kerana anak tahfiz ini lah yang bijak & bersemangat dalam menimba ilmu dunia akhirat.
Dari merekalah kita dapat berkongsi pahala melalui infak. Oleh itu, pahala menuntut ilmu bukan sahaja mengalir untuk pelajar tetapi juga untuk para penginfak inshAllah.
Adakah Kita Sanggup Biarkan Anak-anak Tahfiz Dibiarkan Begitu Saja?
Bayangkan setiap perbelanjaan merangkumi keperluan operasi, pendidikan, makanan pelajar, bil utiliti dan aktiviti pelajar semakin bertambah dan pihak pengurusan perlu sentiasa menjaga kebajikan 500 orang anak-anak tahfiz ini.
Sebab itu kami memerlukan 500 orang penyumbang tetap Yang Dapat Membantu Mencukupkan Dana Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah!
Mencari Penginfak Tetap
Tuan-puan ahli syurga yang dimuliakan sekalian, adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah sedang mencari 50 orang dermawan untuk infaq tetap bulanan yang bernilai RM50/sebulan. Jumlah yang diperlukan ialah sebanyak RM2500 bagi tujuan bayaran ansuran bulanan, insuran & cukai jalan, minyak, servis berkala dan lain-lain keperluan.
Oleh itu, semua pihak diseru untuk bersama menjayakan infaq wakaf van sekolah ini bagi kelangsungan perjalanan aktiviti sekolah. Semoga Allah S.W.T melimpahkan rezeki dan rahmatNya kepada semua yang menyertai wakaf melalui infaq tetap bulanan ini.
Untuk menyertai, hubungi :
Ustaz Arif (013 550 4500)
Talian Rasmi SMATT (011 3536 4240)
Jom Bantu Sekarang !! Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah!
Bayangkan setiap perbelanjaan merangkumi keperluan operasi, pendidikan, makanan pelajar, bil utiliti dan aktiviti pelajar semakin bertambah dan pihak pengurusan perlu sentiasa menjaga kebajikan 500 orang anak-anak tahfiz ini. Jom INFAQ walau serendah RM10. Semoga dengan sumbangan infaq Tuan Puan, dapat mengukir senyuman mereka serta memperoleh pahala dan menjadi amal jariah berpanjangan setelah kita tiada lagi di dunia ini.